Sabtu, 25 Mei 2013

untuk mu

Awak, izinkan saya untuk meluahkan rasa. Awak, maafkan saya andai awak terasa. Awak, saya sedar siapa diri saya. Awak, saya tahu status diri saya. Awak, saya telah cerminkan diri saya ini. Awak, saya tahu awak menganggap saya tidak tidak lebih dari kawan biasa. Awak, semua itu saya tahu..! Awak, saya hanyalah gagak dirimba, mana mungkin terbang bersama gagak kayangan. Awak, saya tidak mempunyai apa-apa, yang saya ada hanya rasa ini. Awak, saya memang tidak layak dan tidak sesuai untuk bersama awak. Awak, saya telah sedaya upaya untuk tidak menganggap awak yang teristimewa... Tapi saya tidak berdaya kerana hati kecil ini mengatakan sebaliknya. Awak, semakin saya cuba melupakan awak, semakin kuat saya mengingati awak. Entah mengapa saya tidak tahu. Awak, saya tidak tahu mengapa awak begitu dekat dihati ini. Awak, maafkan saya kerana menyukai awak. Awak, berdosakah saya kerana menyukai awak ? Awak, andai ini ketentuan takdir, saya doakan awak bahagia. Awak, jika awak masih mengingati saya, andainya saya sudah tiada lagi didunia ini, sedekahkanlah Al-Fatihah buat saya, tanda kita pernah kenal di dunia ini. Awak, terima kasih kerana sudi hadir dalam diri ini. Walaupun untuk seketika, saya tetap bahagia bila mengingati detik-detik itu, walaupun saya kekadang berkecil hati dengan apa yang awak lakukan. Tapi saya telah lupakan semua itu. Saya telah memaafkan awak. Awak, jasa dan budi awak tinggi puncak gunung, tidak ada nilai untuk saya membayarnya, nak mencari memang tidak bertemu. Awak, minta halal segala salah dan dosa saya.. Selama masa bergurau saya dan awak. Awak, biarlah kisah-kisah silam menjadi kenangan, akan saya simpan kemas didalam hati ini.
Maaf andai aku mengganggu. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan