Khamis, 2 Mei 2013

aku dalam kerinduan


aku dalam kerinduan..

RINDU...

Dirindu sepi ini...
Aku menyelak pertemuan semalam
Menjadi rindu pada kenangan
Yang terlalu indah untuk dilupakan..

Rindu lagu kepada penyair
Rindu insan kepada tuhan
Rindu kekasih kepada kekasihnya
Rindu perindu kepada pertemuan

....RINDU AKU KEPADA MU..

Dirindu sepi ini
Aku cuba mengejar impian
Agar impian menjadi kenyataan
Walupun ku tahu MALAM SEPI...
Mana mungkin menbiarkan aku
Hanyut dibuai perasaan..

Dirindu sepi ini..Akhirnya aku mengalah
Pasrah pada hukum alam..
Redha pada ketentuan Tuhan..
Kerna ku tahu..
Tiada paksaan dalam percintaan.

Tapi salahkah aku?
Mengharapkan pergertian darimu..
Kerna kau sudah pun tahu
Kesepian dan kerinduan
Diantara kita..
Yang tiada penghujungnya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan