Sabtu, 25 Mei 2013

Dia kehilangan orang yang sangat mencintainya

Jangan sesekali hadir dalam hidup seseorang kalau ia hanya akan menghancurkan perasaannya.

Jangan pernah menatap matanya jika semua yang kamu lakukan hanya kepalsuan belaka.

Perkara yang paling kejam adalah membiarkan seseorang jatuh cinta sedangkan kamu tidak mencintainya.


Suatu hari, seseorang yang sedang putus cinta menangis di taman. Datang seorang ahli falsafah bertanya padanya, "kenapa kamu menangis?"

Orang itu menjawab, "Aku sangat sedih, kenapa dia meninggalkan aku?"

Lalu ahli falsafah itu tertawa sambil berkata, "kamu bodoh sekali!"

Lalu orang itu menjawab, "kenapa berkata begitu? Aku sedang putus cinta dan cukup menyedihkan, tak apalah kalau kamu tak mahu memujukku, tapi janganlah mentertawakanku".

"Bodoh, kamu tak perlu sedih, kerana yang seharusnya sedih adalah dia," kata ahli falsafah itu.

"Kenapa dia yang bersedih, bukankah dia yang meninggalkan ku?"kata orang itu.

"Kamu hanya kehilangan orang yang TIDAK mencintaimu, tetapi dia kehilangan orang yang SANGAT mencintainya,"jawab ahli falsafah itu.

#jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya,sebab keelokkan paras akan menyesatkan.Jangan pula tertarik kepada kekayaannya, kerana kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum. Hanya senyum yang dapat membuat hari-harimu yang gelap menjadi cerah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan