Khamis, 2 Mei 2013


Ada masanya kita tidak menghargai orang yang mencintai kita sepenuh hati, sehinggalah kita kehilangannya. Ketika itu, penyesalan sudah tiada ertinya lagi kerana pemergiannya tidak akan berpatah lagi.
Jangan mencintai seseorang seperti bunga, yang akan layu bila tiba musim berganti. Tetapi cintailah seseorang seperti sungai, yang akan mengalir selamanya..
Amat menyakitkan apabila mencintai seseorang yang tidak menyintai kita. Lebih menyakitkan lagi apabila mencintai seseorang yang kita tidak pernah sempat menyatakan cinta kepadanya.
Satu hal yang membuat kesedihan dalam kehidupan ini, bila kita bertemu seseorang yang terasa begitu bermakna. Tetapi pada akhirnya kita menyedari ia tidak bererti dan kita terpaksa membiarkannya pergi.
Kita hanya tahu bahawa kita amat merindukan seseorang, apabila ketika memikirkannya hati bagaikan hancur berkeping dan kemudian dengan hanya mendengar perkataan ‘hai’ darinya mampu menyatukan kembali kepingan-kepingan hati itu tadi.
Bukan laut namanya jika tidak bergelora. Bukan cinta namanya jika tidak terguris. Bukan kekasih namanya jika tidak merindu.
Bercinta memang mudah. Mencinta cukup mudah. Dicintai juga mudah. Tetapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai, itulah dia yang tidak mudah!
Cinta itu memang indah, tapi yang indah itu tak semestinya cinta.







Cinta mampu membuatkan yang lemah menjadi kuat, dan kuat menjadi lemah.
Kalau daku ditakdirkan hanya memiliki TIGA detik untuk bernafas. Daku akan menggunakan TIGA detik itu untuk mengatakan ‘Aku Cinta Kamu’.
Kata orang; tak ada rotan, akar pun boleh. Tapi bagiku; tak ada kamu, hidup pun tak boleh.
Cinta ibarat menggenggam setangkai Mawar, semakin erat kita menggenggam, semakin terasa duri yang menusuk. Semakin lemah kita menggenggam, semakin mudah diterbangkan angin.
Dalam hutan, ada taman dan dalam taman ada puterinya. Dalam baju, ada cinta dan dalam cinta ada segala-galanya..
Cuma kalau mahu mencuba menggunakan mana-mana kata cinta penuh puitis ini, sila pastikan masanya adalah sesuai ya. Kalau orang tengah sibuk, memang makan penamparlah gamaknya. Lihat juga jenis orangnya bagaimana. Kalau jenis yang tak suka ayat-ayat cinta, maka jangan dicuba-cuba pula. Bukannya suka malah benci yang diterima.
Dan mungkin ada di antara anda yang mahukan kelainan. Cuba gunakan pantun Melayu lama ini di dalam SMS yang anda cuba hantar kepadanya (boleh ubahsuai pantun diberi di bawah mengikut keadaan dan situasi anda). Ia memang pantun untuk orang sedang berkasih. ;p
Gurau senda mengusik kalbu,
Namun gundahku tiada berlalu,
Bila dekat terasa malu,
Bila jauh mula merindu.
Hendak gugur gugurlah nangka,
Jangan pinang menimpa jatuh,
Hendak tidur tidurlah mata,
Jangan dikenang orang yang jauh.
Manakan singgah sunda menjala
Kelip di sana laksana saga
Manakan daya dinda terlupa
Kukelip mata kanda menjelma.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan